Rabu, 10 Oktober 2012

Minum Air Zam-Zam



Sekarang musim haji...teringat dulu,..arwah mak dan ayahda mama pergi haji,...masa tu,..mama tingkatan 3....sedih berpisah sementara dengan mak...al-maklumlah anak bongsu....akal pun tak panjang lagi,....dok membilang hari bila mak nak balik dari Mekah....ehe..

Alhamdulillah..dapat jadi orang pertama peluk mak masa mak tiba di terminal kapal terbang Bayan Lepas....Syukur...Indah rupanya perasaan pergi haji,..seronok dengar cerita ayahda dan arwah mak....Adalah juga ole-ole yang dibawa balik dari sana..semestinya,..mamalah yang dapat banyak,..sebab arwah mak kata,..dah selesai haji,..baru mak teringat sangat pada mama..ehe....Antaranya,..tentulah air zam-zam...

Arwah mak suruh mama minum...siap letak dalam set teko dan cawan comel tu....Indahnya kenangan itu...moga roh mak aman di sana...Al-Fatihah untuk mak..aaaminnn...

Adap Minum air zam-zam
 Daripada Abdullah bin Abi Mulaikah, katanya: Seorang laki-laki telah datang menemui lbnu Abbas. Lalu bertanya lbnu Abbas: "Tuan datang dari mana?" Lelaki itu menjawab: "Saya baru lepas minum air Zamzam".Tanya lbnu Abbas lagi: "Adakah tuan minum itu mengikut cara yang sepatutnya'?" Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya pula kepada lbnu Abbas: "Bagaimanakah carariya wahai lbnu Abbas?" Maka lbnu Abbas pun menjelaskan: "Apabila minum air Zamzam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bijana ,kemudian baru teguk lagi,dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah). Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada bersabda: "Perbezaan diantara kita dan orang ramai (kaum munafik) ialah bahawa mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zamzam." (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah).

Doa minum air zam-zam




"Ya Allah ! Aku memohon ilmu pengetahuan yang bermanafaat, rezeki yang luas, dan penawar dari setiap penyakit."

sumber

 

Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Blog "Mia Duniaku"

37 ulasan:

Pokok Manggis Depan Rumah berkata...

terima kasih kongsi tips air zam ni akak..
siap ada doa sekali..
air ni memang banyak kelebihan nya..

IntaNBerliaN berkata...

thanks kongsi pasal ni.. baru tau pasal cara minum air zam2 ni.. kat umah ni ada.. nanti kne buat cara camni lah..

eza miza berkata...

wah.. teringat dulu kalo p ziarah orang balik haji mesti tak sabar nak tggu org hidang air zamzam dalam cawan dan teko comey tu... hehhe

Ira berkata...

baru tau.. ada adab rupanya minum air zam zam.. selalu bc selawat lps tu terus minum je..
terima kasih sudi share info..

Nazayiena berkata...

Al-Fatihah buat arwah mak Izan.
Tq share adab2 minum air zam-zam.

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

banyak manfaat minum air zam2 ni...wani selalu bg qalief minum sbb kt rumah mmg sedia ada stok air zam2 :)

Lia berkata...

banyak kelebihannya kan klu minum air zamzam.,.semoga roh mak aman di sana.. al fatihah.. :)

JR berkata...

Tahun ni abg ipar pergi ambik Haji. Bila dia balik nanti dpt lah rasa air zam2...syukran...

kayyana berkata...

bgusnye info ni... nak print la.. sbb kt umah ada air zam zam

fieda berkata...

kak fieda pes time minum air zam2 masa arwah nenek belah abah gi mekah dulu..masa tu darjah brp ntah..
Al fatihah buat mak izan..

Yana Libra berkata...

baru tau minum air zam-zam ada adab.. :)

Riena Haiqal berkata...

harap2 tahun ni dapat lagi minum air zam zam.. insyaAllah.. terutama utk Haiqal dan baby dalam perut saya.. (^_^)
terima kasih utk doa itu.. nak hafal

ros_reeza berkata...

terima kasih share ni :) sangat berguna :)

Chic Na berkata...

oo baru tau ada adab minum air zamzam. selalu main minum je. huhu..

dya bunga berkata...

dya pun mcm chic na..dulu minum je..huhuh

Cik Aini berkata...

al-fatihah tuk mak akak..

sblm ni ada sedara kasi trs je minum mcm tu,rupa2 nya ada adab jugak :)

syiela berkata...

thanks kongsi ye.. sebelum ni pakai main minum je

Cik Nur berkata...

best entry ni, nur dapat belajar benda baru.. :)
sebelum ni, lepas baca bismilah, terus minum je..

bila dah tahu ni, nanti kena ingatlah.. :)

terima kaseh mama mia..

Che Rosliza Che mat berkata...

air zam-zam nie...memang elok....info yg menarik izan..

Kakzakie berkata...

Masa kakak ke Mekah pun kakak beli set teko kecik ini sebagai hadiah pada saudara-mara kakak. Kakak siap post dulu 48 set sebelum kakak balik. Tetau yg dtg kakak bagi minum air zam-zam guna teko kecik ini juga.

Rindu kakak utk kesana lagi izan.

Si Matatajam berkata...

Baru M tau ada cara minum ayaq zam2 ni...
Al Fatihah ntuk arwah mak Izan

Ema Blog berkata...

terima kasih kongsi tips tentang cara minum air zam-zam ni..

-tikah- berkata...

wahhh...ada doa n adab rupanya...
baru tau... :)

Kesuma Angsana berkata...

tq share , gd one ni!

♥ Cmª shIemª ♥ berkata...

selalu minum aor zam2 bc bismi je..alhamdulillah..tq for sharing..

seronoknye baca parents akak dah pergi kesana,,

hainom OKje berkata...

Itu masa emak gi Mekah... kalau kita yang pegi...macamana agaknya nak meninggalkan anak-anak kan...

Deq's Qienz berkata...

tima kaseh ats perkongsian mama ;)

C'Jai berkata...

betui te mama mia.... kalau minum kat dlm masjidil haram...minum, berdiri live mengadap kaabah... allahhurobbi...!

are_lin@yu berkata...

nice dear ;-)..skrg dh xpluang nk mnum air zam zam xda sdra yg g makkah..huhu

sal ya berkata...

masa ayah buat umrah, anak2 buah yang rindukan dia. saya pun anak bongsu tapi dah besar. dah kawin pun. hehehe...

KakNi berkata...

oh begitu adat minum air zam-zam, elok lah dipraktiskan

Deqla manjew berkata...

air zam zam air no 1 khasiatnya di dunia! malah di sana tentu ada jugak kan..wallahualam...

Tihara berkata...

nice sharing izan..air zam-zam paling banyak khasiat kan

mama aryan berkata...

alhamdulillah..perkongsian yg sgt bagus,sbb akak pun tak pernah tau mengenai hal ini

wan nurul hezrina berkata...

erm air zam2 sebenarnya mmg banyak rahsia n khasiatnya..dlm perubatan islam ianya dijadikan ubat..

9n0L4 berkata...

rindunyeeeee nak minum air zam zam. ;)

Musufik berkata...

baarakillah kerana kongsi ilmu tentang air zamzam ni. sy nk tegur sikit, ada kesilapan pada ejaan arab. silapnya kat perkataan 'kutti'. sepatutnya 'kulli', ejaannya kaf-lam(sabdu), kaf baris depan dan lam baris bawah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...