Khamis, 6 Oktober 2011

KUALI...KUALI

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Kuali...atau ada orang sebut belanga..ni kisah nak cari kuali sesuai ..Lama tak beli kuali, nak beli kuali barulah...Hehe..apalah Mama Mia ni,nak beli kuali pun cerita kat orang,siap tulis dalam blog lagi.....Sekarang ni bentuk kuali dah dah pelbagai..'up to date' dengan pilihan warna menarik..Harganya pun...amboi!!ada yang mencecah ribuan ringgit..hebat citarasa orang sekarang ni....jangan guna jer kuali mahal..tapi masak rasa ntah apa-apa....hehehe..Persoalannya: bagaimana membuat pilihan yang tepat untuk beli kuali....??Mama Mia berkongsi maklumat:
#-tebal kuali#
-kuali nipis,makanan cepat hangus..kuali tebal,lambat panas,proses masak jadi lama.

#pengaliran haba keseluruhan#
-pemanasan sekata bila diletak atas api

#bahan produk#
-adakah dari besi tahan karat, tembaga, aluminium, enamel dll

#saiz#
-untuk family kecil,saiz sederhana paling sesuai

#dasar yang luas#
-dasar yang luas,mudah untuk proses menggoreng ikan atau ayam berbanding dasar yang terlalu berlekuk

#pemegang#
-memudahkan pengendalian kuali ketika memasak....kini,pemegang kuali ada pelbagai bentuk dan tahan panas

#melekat atau tidak#
-kuali'non-stick' memudahkan proses memasak dan mencuci tapi 'coach'nya mudah calar.

#bahagian condong#
-bahagian yang agak condong memudahkan proses tos minyak

#sentuhan#
-sebelum beli,cuba pegang dan rasa keselesaannya

#penutup kuali#
-penting juga, tambahan bila menggoreng makanan yang berair,tentu tepercik minyak..ada penutup,kan selamat..

#set lengkap atau individu#
-bergantung pada keperluan

#harga#
-pastikan kualiti kuali yang ingin dibeli berpatutan dengan wang yang dikeluarkan.

Ok..Lepas ni..boleh ler pergi beli kuali baru....

Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Blog "Mia Duniaku"

2 ulasan:

Hunny berkata...

Tq bagi tips.. jadi panduan nak pilih kuali lepas kawen sok,, ekeke.. nak kawen baru nak nyebuk.. ye.. thehhee

izan mama mia berkata...

sama-sama....pilih kuali yang berkualiti agar makanan yang dimasak memenuhi selera bakal suami...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...